Sunday, December 13, 2009

ini baru kerja..

Bukan menipu jika aku cakap aku sampai rumah dari keje pukul 1.30 pagi..oh itu hari ni, semalam pukul 11.00malam dan kelmarin pukul 2.30 pagi..ya..betul yuen kata.."what job is that?..very torturing"..nak wat camner beb..sekarang baru tau susahnya nak cari duit ha ha..untuk makluman aku tak layak untuk claim OT pun kah kah kah..

Yang paling menarik sekali bila yuen tanya.."is there any job satisfaction?"..dan ikhlas aku jawab.."yes". Dan aku rasa aku memang ikhlas dengan jawapan tu. Aku kurang mengeluh sekarang..segala-galanya aku rasa cam syok-syok saja he he..

Bangun seawal pukul 9 pagi di hari ahad adalah 1 pencapaian yang menakjubkan dalam hidup aku..dan yang paling membanggakan aku apabila aku mampu menguruskan kehidupan tanpa bantuan mak..ha ha..aku dah reti bangun pagi sendiri..wat breakfast sendiri..cuci pinggan mangkuk sendiri..masak..cuci baju..gosok baju..lipat baju..mop lantai dan segala-gala keje yang aku jarang atau tak pernah buat kat Klang kah kah kah..mak mesti bangga tengok aku kat umah sewa ni..tapi mak mesti nangis kalau tau aku keje kuar pagi balik pagi..dah la keje jauh-jauh pulak tu hu hu..

Pe pun..segala aktiviti standby untuk minggu ni dah settle..lega sikit la palotak aku..Tapi Klinik Berseri tu cam kene wat hujung minggu ni je since SOLSIS tak archive target plan dia..arghhh~!!
Aku cam nak balik kampung je hujung minggu ni, tengok keadaan gear box kete yang makin sadis tu..plan nak balik bercuti masa krismas..tapi risau pulak kete tu tak leh jalan terus..aduh.

Nak dekat kul 2 pagi dah..aku cam ngantuk tapi malas lak nak tido..drama kat TV ni pun cam best je kan..tapi kalau aku tak tido sekarang kebarangkalian aku untuk terpacak kat kat Klinik Kangar esok sebelum jam 8 pagi amatlah tersangat tipis huuuu~

Ada baiknya aku tido gak la..tapi pas abes drama ni..keh keh keh.

\\tamhariniaz_tmn ira_0149

No comments:

Post a Comment