Sunday, April 25, 2010

Kenapa yang ini tidak?

Pesanan ringkas dibaca setelah sejam ia diterima..

Dan kemudian aku terus berkata "kenapa tidak dilakukan sahaja seperti yang telah dilakukan pada sebentar tadi?"

"Kenapa tidak yang kali ini?"

tamhariniaz.pulaumabul.25/4/2010-2352

Andai aku terpilih serpih kaca untuk hiasan di leher.

"Sakit..!" merupakan ungkapan biasa yang didengari apabila manusia berasa sakit..selain ungkapan biasa itu kerap kali didengari juga perkataan yang berunsur carutan seperti "babi..! anak haram..! jahanam..!" dan sebagainya..

Aku sendiri kerap kali menggunakan carutan untuk melampiaskan rasa sakit..mungkin ianya mujarab bagi aku..(aku kata "mungkin"..bukan "memang").

Oh..hey..! mesti sakit kan bila terkena serpihan kaca? lebih-lebih lagi serpihan kaca dari botol arak..kenapa? aku hanya terfikir..selepas sakit mungkin aku akan mabok..! dan ha ha ha..aku ketawa sendiri.

tamhariniaz.pulaumabul.25/4/10-1700

Saturday, April 10, 2010

menjejaki jejak

Menyedari apabila ada yang mula bersungguh-sungguh menjejaki jejak-jejak aku, segalanya mempunyai persoalan. Kenapa? dan Mengapa?

Hasil dari tindakan refleks mencabar pendirian seseorang, maka selalunya kesan negatif yang akan terhasil. Kemarahan akan memuncak dengan pantas. Api kemarahan yang marak itu sudah pasti akan mendorong berlakunya satu keadaan yang lebih teruk.

Akhirnya yang ajaib akhirnya berlaku, amukan yang secara pastinya terjadi tapi tidak sama sekali..aku teruskan menonton TV sambil baring dan bersilang kaki..

-ini semua benar terjadi-