Tuesday, December 15, 2009

sebulan di perlis

14.12.09 maka genaplah sebulan aku merantau di perlis..keadaan aku di sini baik-baik aja..persekitaran semua molek..syukur ke hadrat Illahi yang mempermudahkan urusan aku di sini..aku tak mahu minta lebih, aku belajar bersyukur dan menikmati setiap pemberianNya.Alhamdulillah..

Sedikit mengenai kerja. Aku menumpang di Bangunan Persekutuan, Kangar di tingkat 8..jarak antara rumah sewa dengan opis adalah sejauh 3KM sahaja..ye betul 3KM sahaja..ha ha ha..namun walaupun jaraknya agak singkat tapi aku masih berkereta untuk ke tempat kerja kerana cuaca di sini agak terik..sangat terik kot he he..memang panas..aku terpaksa mengikat rambut aku untuk mengelakkan leher aku berpeluh..rambut aku mulai panjang dan barai..aku tak kesah langsung dengan kebaraian rambut aku..kerana itu atas kerelaan hati aku sendiri..aku memang nak nampak agak urban dan funky di sini..aku elak untuk dilihat sebagai seorang lelaki pilihan ibu mentua kerana aku tiada niat pun untuk berpacaran di sini..ha ha ha..cut the crap la..secara rumusannya keje aku OK..tempat keje OK..

Aku menyewa di Tmn Ira, Kangar..rumah ini milik Kak Mah..beliau nampak seperti mamak..tapi agak rugged..pertama kali aku berjumpa dengannya, beliau mengenakan key menutupi kepala..tuturnya lembut tapi pantas..hatinya sangat baik..dia mengotakan apa yang dikatakan..itu aku respek~!! u go girl kah kah kah..Aku amek bilik besar sekali untuk dijadikan ruang tido..namun begitu sewanya tetap sama..potong 3 kepala tanpa mengira saiz bilik dan sebagainya..yusree (technician ATM machine) & hadri (penguatkuasa ADK)..dua nama yang jadi housemate aku..masing-masing orang Alor Setar..alhamdulillah kepala hotak diorang OK..masing-masing pun cool..semua OK-OK belaka..aku bersyukur.

So far selama sebulan di sini, aku masih lagi agak kekok..dari segi membeli barang, memesan makanan, pergaulan, pemanduan dan juga aktiviti memikat awek..tapi semua itu bukan masalah besar sangat since orang-orang di perlis agak peramah dan baik hati..kecuali pemandu perempuannya yang boleh dikatakan tidak cekap dan menyusahkan pemandu-pemandu lain..aku cuba bayangkan jika makcik-makcik tu memandu di area jalan TAR mahupun jalan klang lama..he he..namun begitu, bagi aku memandu di Perlis adalah heaven~!! kenderaan di sini sangat kurang..aku sangat kurang makian memandu di sini..dan ini baik untuk kesihatan..selain itu dari 1 tempat ke 1 tempat langsung tiada TOL~!! sangat jimat..tol itu aku umpama kan seperti bayaran wang perlindunga..bayaran yang tak sepatutnya di bayar dan diperasugut untuk mendapatkannya..hoh~!!

Agak banyak jika hendak ditulis apa yang aku lalui sepanjang sebulan ini..tapi aku nak berhenti menulis sekarang..aku dah tak de nafsu lagi untuk teruskan menulis (menaip dalam kedudukan meniarap ini amat menyakitkan dagu dan tengkok)..jadi itu saja untuk entri kali ini..

selamat malam kangar..

\\tamhariniaz_no.33tmnira_1.24am

No comments:

Post a Comment